NOTA
PENILAIAN BERTERUSAN
Tugasan ini perlu dilaksanakan secara kumpulan (3–5 orang pelajar).
Setiap kumpulan dikehendaki menjawab dua soalan utama iaitu:
Satu soalan dari Topik 2: Sistem Pemerintahan dan Struktur Pentadbiran Negara
Satu soalan dari Topik 3: Perlembagaan Malaysia
Jawapan hendaklah ditulis dengan jelas, tersusun dan lengkap berdasarkan kefahaman anda terhadap topik.
Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan bertulis (2–3 muka surat, font Arial 12, spacing 1.5).
Kumpulan juga perlu membuat pembentangan lisan selama 10–15 minit. (canva atau ms. powerpoint)
Tugasan akan dinilai berdasarkan rubrik yang meliputi aspek:
Komunikasi bertulis (kejelasan & kesinambungan penulisan)
Komunikasi lisan (kefahaman & kesesuaian penyampaian)
Kerjasama berpasukan (hubungan baik, agihan peranan, penghormatan pendapat)
Semua ahli kumpulan perlu mengambil peranan bersilih ganti semasa pembentangan.
Rujukan daripada bahan bacaan, artikel akademik, atau sumber sahih perlu disertakan.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Huraikan:
a) Ciri-ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
b) Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam sistem Raja Berperlembagaan.
c) Tiga komponen utama kerajaan (Badan Perundangan, Badan Pelaksana, Badan Kehakiman) beserta contoh fungsi masing-masing dalam pentadbiran negara.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Bincangkan:
a) Definisi dan konsep Perlembagaan Malaysia.
b) Konsep keluhuran Perlembagaan serta kepentingannya dalam menjamin hak rakyat dan kelestarian negara.
c) Tiga peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan identiti negara (contohnya: agama, bahasa, hak istimewa, dan kewarganegaraan).